Kyu Sakamoto
Kyu Sakamoto

Kyu Sakamoto

Kyu Sakamoto (坂本 九; nama sebenar: Hisashi Oshima (大島 九); 10 Disember 1941-12 Ogos 1985[1]) adalah pelakon, artis, penyanyi dan Jepun. Dia lahir di Kawasaki, Kanagawa. Nama panggilannya ialah Kyu-chan. Isterinya Yukiko Kashiwagi (柏木由紀子) adalah seorang pelakon. Dia mempunyai dua orang anak perempuan, iaitu anak perempuan sulung Hanako Oshima (大島花子) dan anak perempuan kedua Yukiko Maisaka (舞阪ゆき子). Datuknya Kanekichi Sakamoto (坂本金吉) adalah seorang nelayan yang berasal dari Kampung Tabuse (iaitu Bandar Kasumigaura sekarang), Ibaraki. Pemain Saksofon Kaoru Abe (阿部薫) adalah anak saudaranya (anak kepada kakaknya). Kyu mempunyai banyak lagu hit seperti Ue o muite arukō (上を向いて歩こう; Mari berjalan melihat atas), yang juga dikenali dengan judul Sukiyaki, Miagete goran yoru no hoshi o (見上げてごらん夜の星を; Cuba lihat bintang di atas langit malam), Ashita ga aru sa (明日があるさ; Esok tetap ada) dan lain-lain lagi. Bilangan jualan rekod melebihi 15 juta helai di seluruh dunia.[2] Selain itu, Kyu aktif dalam berbagai bidang seperti pelakon filem dan pentas serta juruacara rancangan TV. Dia meninggal dunia akibat kemalangan penerbangan Japan Airlines 123 yang berlaku pada 12 Ogos 1985. Lagu Sukiyaki telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa di dunia. Versi bahasa Melayu dinyanyikan oleh Saloma (1969).